challenge banner image
Malaysia HalalPreneur™
🚀 Jom Mohon Halal 40 Hari 🚀 (2026)
40 días20 abr - 30 may
cover image
Sobre el Reto

"Mengapa 80% IKS Gagal Mohon Sijil Halal – Dan Bagaimana Anda Boleh Menjadi 20% yang Berjaya Dalam Hanya 40 Hari?"


Ini apa cabaran anda bakal hadapi sekiranya anda mohon sijil halal tanpa ilmu dan panduan:


🛑Prosedur yang rumit dan mengelirukan - Dokumen mana satu? Garis panduan mana yang betul?


🛑Kos konsultan yang mencekik, anggaran RM7-15K, yang membebankan IKS.


🛑Kekurangan masa dan tenaga untuk menguruskan permohonan sambil menjalankan operasi harian.


🛑Takut ditolak atau mengambil masa yang terlalu lama kerana kesilapan teknikal.


🛑Di tipu Konsultan - Terlalu banyak kes di mana wang deposit di larikan oleh individu yang mengaku perunding halal.


Hasilnya? Banyak masa, tenaga dan modal telah dikeluarkan tetapi tiada hasil.




BIZ-CHALLENGE MOHON HALAL 40 HARI


Ini BUKAN kursus teori.


Ini adalah “Pakej Penyelesaian & Bimbingan” yang mengintegrasikan:


🎯Peta Langkah Demi Langkah yang tersusun untuk 40 hari.


🎯 Bimbingan Berterusan oleh perunding dan juru-audit berpengalaman.


🎯 Komuniti Sokongan usahawan IKS yang sama-sama menuju ke arah yang sama.


Kami Menjadikan Proses Yang Rumit... Menjadi SISTEMATIK.



Bagaimana program ini dikendalikan:


Challenge Duration: 40 Hari (Tarikh Mula: 20 April 2026, Tarikh Tamat: 30 May 2026)


Framework: 5 Process Framework AKDeVeC


Checkpoint: Terdapat 7 checkpoint keseluruhannya dan 5 daripadanya merangkumi sesi secara atas talian (google meet).


Checkpoint #1 : Profiling

Menyemak latarbelakang setiap pemohon untuk persediaan ke arah pensijilan halal.


Checkpoint #2 : Onboarding

Sesi orientasi, berkenalan dengan setiap peserta juga penerangan tentang program Halal Challenge.


Checkpoint #3 : Gap Analysis Part 1

Analisa premis pemohon menggunakan formula 3PDS™


Checkpoint #4 : Gap Analysis Part 2

Checklist + Masterlist


Checkpoint #5 : Development IHCS

Membangun manual IHCS bagi setiap pemohon + Template


Checkpoint #6 : Verification

Mengesahkan kesediaan setiap peserta untuk membuat permohonan Halal. Melengkapkan MyEHALAL. Menyiapkan dokumentasi dan Fail Halal.


Checkpoint #7 : Certification

Setiap peserta hendaklah menghantar permohonan melalui sistem MYeHALAL dan menghantar dokumen sokongan kepada badan pensijilan negeri masing-masing.


Siapa yang sesuai untuk menyertai program ini:


✅ Usahawan produk/perkhidmatan makanan yang ingin memohon pensijilan halal Malaysia (JAKIM).

✅ Mempunyai SSM dan lesen perniagaan majlis pihak berkuasa tempatan (Cth: DBKL)

✅ Mempunyai komitmen untuk meghadiri setiap checkpoint setiap minggu dan melaksanakan tugasa yang diberikan.

✅ Mempunyai akses internet dan laptop.


Program Halal Challenge 40-Hari ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pensijilan halal tanpa perlu melantik konsultan dengan bayaran RM10,000.



Hanya 1 Kali setahun, Terhad kepada 50 pendaftaran sahaja!


Daftar sekarang!

8 Checkpoints

Selamat Datang
Checkpoint 1

20 abr, 12:00 AM

Checkpoint 7

23 may, 12:00 AM

¡Juntos es más divertido!
Los retos son divertidos con amigos, compártelo.

Instrucciones

Cara untuk menyertai Challenge:


Penting!

Challenge ini hanya terbuka kepada Ahli komuniti Malaysia HalalPreneur sahaja. Sila daftar secara percuma (Akaun 'Start')


Fi penyertaan:

  • Ahli 'Start' : RM199/org
  • Ahli 'Launch': RM129/org


Setelah anda menjadi ahli:

  1. Klik pada butang kuning 'Join Challenge' untuk mulakan proses pendaftaran peserta.
  2. Untuk mengikuti Challenge ini, anda wajib download aplikasi nas.io di Google Play atau di Apple Store.




Garis Panduan Program:


  • Checkpoint: Program ini mempunyai sebanyak 7 Checkpoints secara keseluruhannya yang perlu di sempurnakan oleh peserta.
  • Komitmen: Anda mempunyai 5 hari di setiap checkpoint untuk menyiapkan tugasan yang di beri sebelum sampai ke Checkpoint yang seterusnya.
  • Whatsapp Group: Group whatsapp khas akan diwujudkan untuk program ini dan konsultan dan peserta akan menggunakan platform ini untuk komunikasi selain dari menggunakan aplikasi telefon.


Terma & Syarat:


Sila rujuk terma dan syarat penyertaan sebelum membuat pendaftaran: Terma & Syarat

Comprando esto, también desbloqueas

Acceso a la Comunidad
Nuevas actualizaciones
154 Publicaciones
Contenido exclusivo
41 Eventos
Grupo de Whatsapp